Pages

Friday, August 30, 2013

Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Semasa Bertugas!!!


Ya Allah!! Gara-gara menjalankan tugas, pekerja TNB ini diperlakukan dengan kejam sampai begini. Dah, apa nak jadi ni... buat kerja salah, tak buat kerja lagi salah. Dan siapa sangka pekerja TNB pun akan diperlakukan begini, berhadapan ancaman dan keselamatan diri ketika melaksanakan tugas. Ingatkan polis dan askar je.
Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.
"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..