Pages

Friday, September 06, 2013

Kerajaan Malaysia "ROMPAK" Duit Rakyat Beri Pada Kroni...

~ Kerajaan BN terang-terangan rompak duit rakyat dan beri SUBSIDI pada syarikat IPP Kroni besar nie...Jom baca....

Bantuan kepada IPP adalah subsidi untuk rakyat -Timb Menteri



KUALA NERANG - Kerajaan persekutuan tidak memberikan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk menghasilkan bekalan elektrik, sebaliknya bantuan yang diberikan itu adalah subsidi kepada rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid bantuan sebanyak RM13.70 bagi Juta Unit Termal British (MMBtu) yang diberikan kepada IPP adalah untuk membantu rakyat mengurangkan tarif elektrik.

"Kalau ikut pasaran harga gas ialah RM44 bagi setiap MMBtu dan kerajaan beri subsidi sebanyak RM13.70 MMBtu.

"Jika tiada subsidi ia akan membebankan rakyat kerana terpaksa membayar bil elektrik pada kadar mungkin sehingga RM800, RM900 setiap bulan. IPP dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan keuntungan itu," katanya kepada pemberita di sini hari.

Katanya banyak rakyat yang keliru dan persepsi mereka kerajaan yang membayar subsidi untuk IPP serta ditambah dengan isu yang dimainkan parti pembangkang terutama sekali ketika harga minyak naik.

"Kalau kerajaan buat keputusan ikut harga pasaran kita boleh lihat tarif elektrik sebenar yang kita perlu bayar. RM13.70 itu adalah keuntungan terlepas," katanya.

Beliau berkata rakyat juga perlu tahu tarif elektrik ini bukan dibuat oleh IPP dan TNB sebaliknya diputuskan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Mahdzir berkata pihaknya akan turun padang menjelaskan kepada rakyat berkaitan isu subsidi itu supaya rakyat tidak lagi keliru dengan isu yang dibangkitkan pakatan pembangkang. - Bernama




No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..