Pages

Sunday, October 20, 2013

Google Malaysia digodam



SHAH ALAM - Laman web Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai lepas.


Kali ini Google Malaysia digodam penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakistani Hacker dengan nama kod 1337 dipercayai daripada pasukan godaman Team Madleets.

Muka depan utama laman web Google Malaysia ditukar kepada momokan pasukan godaman tersebut malah turut diselitkan dengan lagu seram yang menjengkelkan selama dua jam.

Kaedah menukar DNS ini seakan menjadi mudah dilakukan melalui agensi yang bertanggungjawab melindungi domain negara, MYNIC Berhad.

Pada 1 Julai lepas, lebih 100 laman web dengan alamat domain ‘.com.my’ dan ‘.MY’ digodam untuk tempoh yang lama oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai TiGER-M@TE.

Antara laman web utama yang terjejas ketika itu termasuklah Google, Dell, Microsoft, MSN Malaysia, Bing, and Kaspersky.

Laman utama laman web berkenaan ditukar dengan teks ‘Helo Malaysia, anda rasa anda lebih maju dari kami? Hormati pekerja kami, kami akan hormati anda. Berurusan sejak 2007”.

Ketika itu, MYNIC mengesahkan terdapat masalah dalam sistem mereka yang diracun.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/google...godam-1.210834

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..