Seramai kira-kira 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di
negara ini kini menikmati skim gaji baharu ekoran keputusan kerajaan
menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat
kuasa 1 Julai 2013.
Skim gaji baharu itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, lewat bulan ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, ia melibatkan semua juruteknik yang
berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan
pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang
mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
“Skim baharu ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September lalu dan ia telah berkuat
kuasa pada 1 Julai 2013.
“Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.
Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma.
“Sudah tentu tangga gaji akan berubah, gaji permulaan juga berbeza,
misalnya kalau sebelum ini juruteknik baharu dilantik gaji permulaan
RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji
permulaan sekitar RM1055,” jelasnya pada sidang media di sini semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan ucap tama pada Persidangan Kebangsaan
Pertama bagi Juruteknik dan TVET Semi-Profesional Sarawak CREATE 2013.
Beliau menjelaskan, di bawah skim baharu itu, perubahan tangga gaji
seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam
perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata
kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga
gaji lebih baik.
Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini.
“Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma
atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada
kekosongan.
Sebab itu, juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta
gaji,” jelasnya.
Selain itu, katanya, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi
Kerajaan, jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan
digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1
Januari 2014.
“Mulai tahun hadapan, tidak ada lagi jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan, ia diganti dengan jawatan Penolong Jurutera.
Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma
daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan
pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan,” katanya.
Sementara itu, dalam ucap tamanya, Omar berkata semua juruteknik harus
mempersiapkan diri menghadapi transformasi dengan mengubah cara berfikir
dan bekerja serta memberi penjenamaan semula untuk menjadi penolong
jurutera yang berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU)
dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya
semua juruteknik mesti ada ‘Green Card.’ “Pemberian ‘Green Card’ itu
penting kerana bidang tugas juruteknik memerlukan mereka melawat tapak,
tetapi tidak ada (dilaksanakan). Sudah 30 tahun sebagai juruteknik J22
dan J26 tetapi tidak tahu bidang kerja mereka dalam gred itu.
“Skim kita hari ini mundur kalau dibandingkan dengan juruteknik syarikat
GLC. Sebab itu kita naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada lagi
jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan
‘Time Based’ dari J29 terus ke J54,” katanya
#
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Thursday, October 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..