November 22, 2013
1.7 Juta Pesalah Trafik Dikehendaki
KUALA LUMPUR: Jumlah pesalah trafik terus meningkat setiap tahun.
Lebih memburukkan keadaan ramai yang tidak membayar saman trafik yang mereka terima.
Pada 2008, polis trafik menjejaki 96,000 pemilik kenderaan yang tidak membayar saman mereka dalam Ops Warta VII.
Lima tahun selepas itu, angka berkenaan meningkat hingga 1.7 juta.
Tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik pada satu-satu masa, polis
mensasarkan untuk menahan 251,000 pemandu kereta yang tidak mengikut
peraturan, pemandu kenderaan berat serta penunggang motosikal dalam fasa
pertama Ops Cantas Trafik.
Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik, memaklumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.
Pada masa yang sama, waran yang tamat tempoh juga akan diperbaharui.
"Kami sedang bekerja sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan alamat individu
berkenaan bagi memastikan 251, 273 pesalah trafik ini menerima notis,"
kata Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd
Fuad Abdul Latiff.
Sekiranya anda mempunyai saman trafik tertunggak, beliau menasihatkan
agar anda membayarnya walaupun anda tidak menerima sebarang notis atau
waran tangkap.
"Anda boleh membayarnya atau mencabar saman tersebut di mahkamah
sekiranya anda merasakan ia dikeluarkan secara tidak betul," katanya
kepada The Star.
Kesalahan trafik termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar, tidak
memakai topi keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau
memotong barisan.
Pada fasa pertama pemeriksaan mengejut diadakan, seramai 77 pemandu
ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik sementara 15 individu
lagi ditahan kerana terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rasuah,
membawa barang atau kenderaan curi atau menyeludup mahupun mengedar
dadah, kata Mohd Fuad.
Daripada 13 Oktober hingga 18 November, polis telah memeriksa 112, 382
orang dan 124, 557 kenderaan termasuk 39, 046 motosikal dan 62, 921
kereta.
Mohd Fuad turut menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak termasuk dalam operasi berkenaan.
Dalam fasa kedua, bermula minggu hadapan, sekatan jalan raya akan
dilakukan di seluruh negara untuk menahan pemandu yang melanggar
undang-undang, katanya.
Sekiranya ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu berkenaan akan di
bawa ke balai polis, sekiranya dia enggan membayar saman tersebut dia
akan dibebaskan dengan jaminan polis serta seorang penjamin.
Pihak polis akan memohon tarikh baru daripada mahkamah bagi individu
yang igin mencabar atau merayu hukuman denda yang lebih rendah.
Mohd Fuad berkata sekatan jalan raya yang dilakukan turut digunakan untuk menangkap penjenayah.
"Anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayahj Narkotik, Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil serta Bahagian Jenayah Berat akan turut serta dalam
beberapa sekatan jalan raya bersama dengan pasukan polis trafik,"
katanya.
Sementara itu, pegawai polis Bukit Aman yang bertanggungjawab dalam
pengeluaran waran tangkap dan pengeluaran saman, Timbalan Supritendan S.
Markandan berkata pemandu boleh menyemak saman tertunggak mereka di
laman web, www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
"Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat
pos, mesin ATM Maybank, beberapa pusat beli belah terpilih dan cawangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Dengan notis diserahkan terdapat pelbagai cara untuk menyemak saman, anda tidak boleh kata tidak tahu mengenainya."
Ketua Penguatkuasa Polis Trafik Bukit Aman, Supritendan Bon Jeen Ahrom
menggesa pemandu yang ditahan dalam sekatan jalan raya agar bersabar dan
memberi kerjasama dengan pihak polis.
~ sumber~
money2gold : biasa la akhir tahun, operasi cari duit xtra bermula....heheheh
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..