Pages

Friday, December 20, 2013

DBKL turun cukai taksiran

 

Kuala Lumpur: Lebih 500,000 pemegang hartanah di ibu negara boleh menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan mengurangkan kadar cukai taksiran kepada satu hingga empat peratus berkuat kuasa tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan itu dibuat atas keprihatinan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Keputusan ini diharapkan dapat memberi kelegaan kepada warga kota yang ketika ini gusar dengan keputusan DBKL untuk menyemak semula nilai cukai taksiran tahunan melalui notis yang diedarkan sebelum ini.

Kadar empat peratus

Dengan kadar baru ini, pemilik kediaman hanya perlu membayar pada kadar empat peratus, manakala pemilik hartanah komersial sebanyak 10 peratus, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas warga kota mengemukakan bantahan terhadap cadangan kenaikan kadar cukai taksiran yang tinggi diumumkan oleh DBKL sebelum ini.

Difahamkan, kadar yang dicadangkan DBKL sebelum ini adalah enam peratus bagi pemilik kediaman dan 12 peratus bagi pemilik hartanah komersial.
Tengku Adnan berkata, kerajaan juga bersetuju memberi insentif dalam bentuk pengurangan jumlah cukai taksiran kepada pemilik hartanah oleh Orang Kelainan Upaya (OKU), pesara dan pemilik hartanah yang mendiami kediaman mereka.

Mereka boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL dengan disertakan dokumen sokongan, katanya.

Beliau berkata, pemilik hartanah yang sudah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember akan tetap dipanggil bagi sesi pendengaran bantahan pada 6 Januari hingga 31 Mac 2014.

Jika mereka dapat membuktikan nilai tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap hartanah mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan nilai cukai tahunan itu, katanya



sumber:
__________________

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..