Tarikh: December 16, 2013
KUALA LUMPUR - Isu aliran keluar kewangan haram akan dikurangkan dengan
pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan
nilai tokok pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia
(BNM).
Bank pusat itu berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk
mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan aliran kewangan seperti ini.
"Menyedari kepentingan menangani aliran kewangan yang berkaitan dengan
aktiviti luar aturan (irregular activities), usaha berterusan yang
konkrit dan bersepadu antara agensi penguatkuasaan termasuk agensi
merentas sempadan akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem
kewangan Malaysia berintegriti dan stabil," katanya dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan hari ini.
BNM berkata laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing
telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari
negara-negara sedang membangun.
Menurut bank pusat itu, laporan itu memperakui bahawa penggunaan hab
eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi
penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.
"Bagaimanapun, anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui
Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia
kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula
adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong
Kong.
"Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia
yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia
kira-kira 70 peratus," kata BNM.
Laporan itu juga menganggarkan sebanyak 20 peratus daripada aliran
keluar haram merupakan pindahan perolehan yang tidak direkodkan melalui
saluran tidak rasmi.
"Bagi ekonomi yang sangat terbuka seperti Malaysia dengan jumlah
perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162 peratus daripada KDNK,
pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam
imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku.
***
"Yang penting, tidak keseluruhan anggaran E&O disebabkan oleh
aktiviti haram dan perangkaan rentas sempadan Malaysia telah secara
konsisten memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.*
***
"E&O dan BoP, khususnya, berpurata pada 2 peratus daripada jumlah
dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak 5 peratus yang
ditetapkan oleh IMF,' kata BNM.****
***
Pada 1 Mac tahun ini, BNM telah mengeluarkan siaran akhbar yang
memberikan makluman terkini berhubung dengan langkah-langkah yang
dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi Peringkat
Tinggi.*
***
"Ini termasuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan, memperhebat
usaha penguatkuasaan dan mempertingkat mekanisme pengawasan.
Langkah-langkah ini telah memberikan hasil positif dan akan terus
diperhebat," tegas BNM. - Bernama
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Tuesday, December 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..