Pages

Wednesday, December 25, 2013

LONGGOKAN TIMBUNAN SAMPAH DI MRR2 ... SYARIKAT KEPUNYAAN BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN, PULAU PINANG!


Siapa Yg Bertanggungjawab ??!!!

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TELAH MENGESAHKAN SYARIKAT UMPAN JAYA BERTANGGUNG JAWAB LONGGOKAN TIMBUNAN SAMPAH DI MRR2 ... SYARIKAT KEPUNYAAN BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN, PULAU PINANG!!!!!
Syarikat Umpan Jaya yang bertanggungjawab longgokan timbunan sampah di MRR2
KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kontraktor yang bertanggungjawab melonggokkan kira-kira 250 tan sampah di bahu jalan MRR2 di Taman Beringin Kepong pada Sabtu adalah Syarikat Umpan Jaya.
Susulan insiden itu, operasi kontraktor berkenaan telah dihentikan dan Alam Flora Sdn Bhd ditugaskan menguruskan pelupusan sampah sehingga kontraktor baru dilantik 1 April depan.
Menurut Ahmad Phesal pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kontraktor yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, langkah sementara diambil Alam Flora untuk menghantar terus sisa-sisa pepejal dari Kuala Lumpur ke Pusat Pelupusan Sisa pepejal sanitari di bukit tagar.
Stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin dijangka akan mula beroperasi semula menjelang 30 Disember selepas kerja-kerja membaik pulih kerosakan mesin pemampat dilakukan.
Operasi stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin 'lumpuh' pada Sabtu apabila mengalami kerosakan mesin pemampat menyebabkan lori-lori sampah bertindak melonggok sampah di bahu jalan sejak malam Jumaat dan mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk di jalan utama berkenaan.
Semakan telah Omak Kau lakukan dan dapati syarikat Umpan Jaya ini adalah kepunyaan mantan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Allahyarham Dato' Mohd Noordin b Mohd Kassim dengan beberapa anak-anaknya jadi Ahli Lembaga Pengarah.- sumber Omak kau

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..