Pages

Wednesday, December 04, 2013

Peraih temui durian unik


Mohammad Nayan menunjukkan buah durian aneh yang ditemuinya, semalam.

TELUK INTAN - Seorang peraih buah durian di Simpang Tiga Kampung Belt, Sungai Manik, terkejut apabila menemui sebiji durian aneh, petang semalam.

Mohamad Nayan Samad, 51, berkata, dia sudah berniaga durian lebih 10 tahun dan kejadian itu adalah kali pertama menjumpai buah yang mempunyai isi di bahagian tengah.

Menurutnya, keanehan durian itu mendapat perhatian seorang pelanggan.

“Secara kebetulan, ketika itu ada pelanggan sedang memilih buah dan sanggup membelinya dengan harga RM200.

“Namun, saya tidak berniat untuk menjualnya kerana menganggap ia sebagai durian unik dan sukar ditemui,” katanya.



SUMBER:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..