Pages

Friday, February 21, 2014

10 terkaya di Malaysia 2014



Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti

2) T. Ananda Krishnan

mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.



3) Tan Sri Teh Hong Piow

tokoh perbankan Public Bank. Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion.



4) Tan Sri Quek Leng Chan

melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.



5) Tan Sri Lee Shin Cheng

dari IOI Group. Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.


 
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,

meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.



7/8 ) Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua,


mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.





9) Datuk Mokhzani Mahathir


melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.






10) Tan Sri Azman Hashim

melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.










No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..