Pages

Thursday, February 20, 2014

Bekas Suami Ugut Sebar Gambar Bogel Jika Kahwin Lain


Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru. 
Mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu. 
Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan. 
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu. 
Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.

Ok itu berita apa yang terjadi antara suami isteri di Malaysia. Begitulah juga dengan dunia Internet yang luas ini, kalau kita tidak berhati-hati kita akan menjadi mangsanya.

Contoh terbaik adalah pasangan yang baru bercinta tetapi sanggup untuk berkongsi gambar-gambar yang agak seksi atau keterlaluan kepada pasangan walaupun baru kenal di laman soial misalnya. Benda-benda tersebut boleh menjadi bahan ugutan kepada kita kelak.

Begitulah juga dengan dunia hacker yang menggodam komputer, laptop, telefon orang lain dan bahan-bahan tersebut digunakan untuk ugutan untuk mendapatkan wang. Jadi sentiasa pastikan anda menjaga barang-barang peribadi anda dengan elok.

 ~ kredit sumber


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..