Pages

Monday, February 24, 2014

BR1M 3.0 2014: hampir 6 juta penerima BR1M


Tahukah anda yg menerima BR1M juga di Insuranskan....


BR1M 2014 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.

-bawah RM3,000 akan menerima RM650.

-RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650

-bujang berumur 21 tahun ke atas dan bawah RM2,000 akan menerima RM300.

Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.




Syarat Kelayakan i-BR1M

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketuakeluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M.
Penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Cara Buat Tuntutan i-BR1M

Borang tuntutan i-BR1Mboleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:

a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di http://www.malaysiantakaful.com.my

b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my

Pembayaran i-BR1M

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.





No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..