Pages

Thursday, February 20, 2014

Facebook beli Whatsapp dengan harga AS$16 bilion


Facebook umum beli Whatsapp dengan harga AS$16 bilion

NEW YORK: Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global.

Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.

Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion.

Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai.





No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..