Pages

Thursday, February 20, 2014

Hisap ganja dalam hostel




Penagih yang ditahan dalam Ops Tapis di Ketengah Jaya, Dungun, dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan.

DUNGUN – Kegiatan lima pelajar sebuah politeknik menjadikan bilik hostel sebagai port melepaskan gian mereka terbongkar selepas diserbu anggota keselamatan pusat pengajian terbabit.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi, lima pelajar berkenaan difahamkan sedang 'lalok' dan hasil ujian saringan air kencing mendapati, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 21 tahun, positif ganja.

Kesemua suspek yang merupakan pelajar jurusan diploma berasal dari Dungun, Selangor dan Kelantan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut, namun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan kimia bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dalam operasi sepasukan polis narkotik Dungun di Ketengah Jaya, sembilan penagih berjaya dicekup dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi, kelmarin.

Hasil ujian saringan air kencing, kesemua mereka yang terdiri daripada anak peneroka Felda didapati positif dadah jenis morfin.

Kesemua suspek yang turut mempunyai rekod lampau kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan 1983).

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


sumber:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..