Pages

Friday, February 07, 2014

Ibu bapa berang murid diberi kaji selidik berkait seks, masturbasi

Seremban: Sebuah sekolah kebangsaan di Nilai menerima kecaman daripada ibu bapa apabila pihak pentadbiran mengeluarkan borang kaji selidik berkaitan kesihatan seksual yang melampau.

Sumber berkata, sekolah berkenaan kini dikecam hebat ibu bapa apabila guru bertanggungjawab mengedarkan borang kaji selidik yang berunsurkan seks kepada murid tahun empat.

Katanya, kebanyakan ibu bapa mengadu kurang senang tindakan itu kerana bimbang soalan sedemikian merosakkan pemikiran anak mereka.

“Pemerhatian mendapati borang diedarkan guru sekolah itu mempunyai lima muka surat tetapi soalan berbaur seks pada muka surat ketiga.



KAJI selidik mengenai kesihatan seksual yang perlu dijawab murid tahun empat.


“Soalan yang dianggap melampau adalah masturbasi, hubungan seks luar tabii, kemaluan, bertukar pasangan, tukar jantina, kehamilan dan lain-lain,” katanya.


Menurutnya, tidak patut pihak pengurusan mengedarkan borang kaji selidik itu kepada murid sekolah rendah.

“Difahamkan, selepas menjawab borang kaji selidik itu, murid yang pulang ke rumah bertanyakan semula soalan terbabit kepada ibu bapa hingga menimbulkan rasa kurang senang,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

sumber

~ Aku dgr berita ni di radio bfm ptg td
Mmg keterlaluan...
1st.itu sekolah kebangsaan
2.responden umur 10 thun
3.second education x patut diorientasikan dengan budak x pernah terdedah pasal secara
X.de point pun nk buat survey tu.Malaysia majoriti bukan macam kat barat.budak dah terkedepan dari umur sebenarnya so kalau nak bendung pun tgok la juga faktor umur

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..