Pages

Thursday, February 27, 2014

Institusi kewangan sedia terima pakai Basel 111

KUALA LUMPUR - Institusi kewangan Malaysia bersedia untuk menerima pakai Basel 111 dalam tempoh dua tahun, bergantung kepada kecanggihan sistem mereka, kecairan serta pengurusan modal.

Ketua Penasihat Perkhidmatan Kewangan KPMG Asean, Andrew Tinney berkata, beberapa bank di Malaysia masih mengkaji kemungkinan menggunakan cara alternatif untuk penerbitan sukuk untuk keperluan modal Basel III.

"Lebih banyak sumber perlu diperuntukkan untuk melicinkan pelaksanaan Basel lll.

"Tetapi ia akan memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk institusi besar melaksanakannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di majlis pelancaran laporan kajian mengenai kesediaan Basel III di kalangan institusi kewangan Malaysia di sini, hari ini.

Institut Bank-Bank Malaysia bersama KPMG menjalankan kajian itu pada September 2013.

Berdasarkan kajian itu, pembaharuan Basel III mempunyai kesan besar ke atas pengurusan modal dan kecairan.

Bank perdagangan nampaknya lebih bersedia menerima pakai Basel III di kalangan institusi kewangan di Malaysia, kata Tinney.

Basel III ialah rangka kerja pengawalseliaan yang bertujuan mewujudkan sistem perbankan yang lebih berdaya tahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..