Pages

Monday, February 17, 2014

Jerat paku




 
Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki yang menawarkan khidmat membaiki tayar motosikal pancit atau bocor dan lebih dikenali sebagai mekanik bergerak dikesan menabur paku di laluan kenderaan itu di Lebuh raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi di sini, sehingga menimbulkan kebimbangan serta rungutan pengguna.
Lokasi diibaratkan sebagai ‘jerat paku’ itu bukan saja boleh mengakibatkan berlaku kemalangan dan membahayakan nyawa, malah pengguna laluan berkenaan menanggung kerugian kerana perlu menukar tayar pancit dengan harga serta upah mahal ditawarkan mekanik terbabit.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, sekumpulan pemilik motosikal melalui kawasan berkenaan berhenti mengutip paku ditabur sebelum meneruskan perjalanan.
Foto
PENGGUNA mengutip paku yang ditabur di laluan motosikal.

Presiden Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Reaper Mohd Umzarulfaiz Omar berkata, dia yang menuju ke Bangi terkejut dihalang memasuki laluan motosikal berkenaan oleh seorang pengguna jalan raya.

“Apabila ditanya, pengguna itu memaklumkan ada banyak paku ditabur di laluan berkenaan dan tidak boleh digunakan buat sementara waktu.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..