Pages

Saturday, February 15, 2014

SUKAR memohon bantuan modal perniagaan?



Tahukah kita, khususnya para asnaf, syarat memohon bantuan perniagaan amat minimum.
Ya, hanya ada lima syarat asas sahaja:
(1) Asnaf fakir atau miskin atau mualaf (Jika mualaf akan diuruskan oleh Unit Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf) ;
(2) Mesti komited berniaga (sama ada telah berniaga atau baru);
(3) Bisnes itu tidak melanggar undang-undang negara dan syariat Islam;
(4) Menduduki kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal (Pra-Keusahawanan); dan
(5) Umur pemohon tidak melebihi 60 tahun (atau 65 tahun jika dana tambahan)
Jadi, di manakah susahnya memohon? Kajian di LZS, punca permohonan jadi susah apabila:
(1) Pemohon masih belum berstatus asnaf tapi nak memohon terus;
(2) Pemohon enggan mengikuti Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal;
(3) Pemohon tidak isi borang dengan jujur, dan ikut spesifisikasi;
(4) Pemohon tidak sediakan dokumen sokongan sepatutnya; dan
(5) Pemohon tidak serius berniaga dan asyik harap dana tambahan.
Dokumen Sokongan/Lampiran yang harus dilampirkan:
(1) Borang permohonan;
(2) Salinan sijil kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal;
(3) Rancangan perniagaan;
(4) Sebutharga keperluan/senarai keperluan barangan dan anggaran harga;
(5) Lesen perniagaan (sekiranyan ada);
(6) Penyata kewangan perniagaan (sekiranya ada)

Itu sahaja yang kami perlukan....
Ops...BORANG RANCANGAN PERNIAGAAN (rujuk foto) juga hanya ada tiga muka sahaja, amat minimum kan?

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..