Pages

Tuesday, February 18, 2014

Wanita Berjanggut


Wanita ada janggut



BERKSHIRE, Britain - Seorang wanita berketurunan Sikh sering dibuli di sekolahnya kerana wajahnya yang berjanggut, lapor akhbar MailOnline semalam.

Semasa bersekolah, wanita berkenaan, Harnaam Kaur digelar "wanita lelaki" kerana dia berpakaian seperti lelaki untuk menutup bulu pada dada dan tangannya.

"Saya tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai. Saya berkurung di dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup lagi," katanya.

Wajah Harnaam mula ditumbuhi janggut ketika dia berusia 11 tahun disebabkan sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai sindrom ovari polisistik.

Dia sebelum ini kerap bercukur dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut.

Namun, apabila memasuki usia 16 tahun, Harnaam mula membiarkan janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak membenarkan penganutnya membuang rambut dan bulu badan.

"Saya tidak akan membuang rambut pada muka lagi kerana ia adalah cara Tuhan membuatkan saya dan saya gembira dengan keadaan saya sekarang," jelasnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..