Pages

Thursday, March 13, 2014

Bangunan meletup di Harlem

New York: Satu letupan kuat berlaku dan meruntuhkan dua bangunan di Park Avenue di Harlem Timur, Manhattan, malam tadi (waktu Malaysia).
Menjelang tengah malam, sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera.


 isual agensi berita menunjukkan asap tebal berkepul-kepul naik dari kawasan petempatan itu.

Jurucakap bomba berkata, perkhidmatan komuter yang melalui kawasan berkenaan digantung sementara.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran akibat letupan kuat. FOTO AP

Saksi berkata, mereka terdengar satu letupan kuat di bangunan apartmen enam tingkat kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan).

Katanya, asap keluar dari atas bangunan dan runtuhan bangunan bertaburan di sekitar kawasan berkenaan.

“Tingkap bangunan di sekitar lokasi pecah bertaburan akibat daya letupan yang kuat,” katanya.

Sehingga malam tadi, tidak dapat dipastikan sama ada bangunan itu didiami tetapi ia terletak di antara dua bangunan kediaman. - Agensi

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..