Pages

Sunday, March 16, 2014

MH370 : Raja Bomoh Dunia Nujum VIP punya pasal Negara Arab Sindir Malaysia

Bomoh 1Malaysia : Negara Arab sindir Malaysia, guna sihir cari MH370

arabSHAH ALAM, 14 MAC: Ritual ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Md Zin atau kini lebih dikenali sebagai bomoh 1Malaysia terus menjejaskan imej negara di mata dunia apabila media Arab menyifatkan penggunaan sihir dilakukan dalam mencari pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.
Laman blog Isu Panaz memaparkan laporan alarabiya.net dengan tajuk utamanya ‘Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang hilang’.
Alarabiya.net turut memuat turun gambar Ibarahim, 80, bersama dua yang lain sedang melakukan ritual dengan memegang dua biji kepala muda tanpa diketahui tujuan sebenar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12 Mac lalu.
Selain itu, terdapat beberapa pelajar Malaysia di Mesir yang menyatakan mereka dimalukan ekoran perbuatan tidak berakidah bomoh 1Malaysia itu.
“Baik kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar orang tertawakan kami bila cerita pasal Sihir MH370. Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun.
“Tadi…ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi,” katanya.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam laman Facebook beliau juga menegaskan bahawa perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan kumpulan bomoh terbabit memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini.
Tindakan bomoh berkenaan yang menjalankan dua kali ritual KLIA turut dipertikaikan pelbagai pihak kerana melanggar akidah yang membawa kepada syirik dan khurafat.

zawawiLebih menyedihkan, kegagalan pengurusan KLIA untuk menghalang bomoh berkenaan yang turut memakai lencana ’1Malaysia’ selepas aksi pertamanya menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh di lokasi sama, pada 11 Mac lalu.
Sementara itu, pakar motivasi dan agama, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dalam laman Facebooknya turut memaparkan laporan media arab berkenaan yang dilihat memalukan Malaysia.
“Memang memalukan negara..akhbar arab muka depan..tulis tajuk besar..negara malaysia menggunakan sihir sebagai langkah terakhir..mencari flight yang hilang…malu2.
“Malukan sebahagian iman..tak malu takda imanla..,” katanya.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..