Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu.
Sebelum
kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang
berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini,
dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu,
sebelum gadis terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, dirogol.
Selepas dipaksa, mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan suspek kerana diugut untuk dicederakan, sebelum dirogol remaja lelaki itu ketika berada dalam keadaan khayal.
Ketua Polis
Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika
dihubungi, mengesahkan kes itu, termasuk laporan polis dibuat keluarga
mangsa berhubung kejadian berkenaan.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..