Satu pertandingan kecantikan di China memerlukan calon-calon wanita/gadis yang mempunyai puting payudara
yang dijarakkan sekurang-kurangnya 20 sentimeter telah mencetuskan
kritikan banyak pihak di Internet pada hari Jumaat lalu. Pemenang
ditentukan melalui jarak ukuran puting payudara yang paling hampir 20 sentimeter..!!
"Mengapa lebih
daripada 20 sentimeter? Saya secara jujur tidak faham mengenai
pertandingan ini," kata seorang gadis pada Weibo versi China melalui
Twitter.
"Bagaimana boleh ukuran kecantikan dikira melalui jarak puting payudara?
Adakah mereka menggunakan wanita sebagai mainan?" "Menghakimi wanita
dan gadis melalui kriteria tersebut sangat tidak masuk akal" Kata
personaliti TV Yang Lan melalui mikroblog.
Beliau menambah
bahawa penganjur pertandingan telah menjalankan penyelidikan di
Internet untuk menentukan kriteria sebelum pertandingan dilangsungkan.
Pertandingan pelik
ini berjaya mengumpulkan 10 orang pelajar kampus wanita/gadis
universiti di tengah-tengah wilayah Hubei untuk menyertainya pada hari
Jumaat lepas.
"Ini pertandingan kecantikan
untuk gadis yang tidak masuk akal," kata seorang lagi pengguna Weibo.
"Pada dasar apa yang hakim ini gunakan untuk mengukur standard
kecantikan wanita?"
Pertandingan itu memerlukan wanita/gadis yang mempunyai jarak puting payudara sekurang-kurangnya 20 sentimeter sebelum disahkan layak menyertainya..
Pemenang pertandingan itu meneriama Yuan 10,000 (USD 1,577).
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..