Baru-baru
ini, muncul isteri kepada kekasih Hanez Suraya yang rupanya masih
bergelar suami orang setelah Hanez cuba meyakinkan orang ramai bahawa
jejaka itu seorang duda.
Bersama
bukti-bukti yang menunjukkan Hanez telah bercuti bersama dengan R ke
merata tempat, Liyana sebagai isteri R merasa kecewa dan mengeluarkan
kenyataan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar semalam.
“Saya nak
tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez
begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan
Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah
saya masa isteri Mr. R yang sah.”
“Teman baik
saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK,
tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami
menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat
bukti gambar mesra dan percutian mereka.”
“Dan ini
buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari
jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya
mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka,
tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.”
Katanya
Hanez perlu bertanya dahulu sebelum buat kenyataan tentang status
suaminya. Dan beliau sendiri tidak mencari wartawan untuk menghebahkan
perkara ini dan wartawan yang mencarinya.
“Dulu saya
dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama.
Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya
raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa
yang diusahakan bersama.”
“Biarlah
hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya
sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak
tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya
terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.”
“Apa
perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu
dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari
saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini,
jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr.
R,” kata Liyana mengakhiri perasaan marahnya terhadap Hanez.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..