Syamsul kena demam denggi
Majlis pernikahan Shamsul Yusof bersama Puteri Sarah pada 8 Mac ini
mungkin akan dijalankan di hospital. Shamsul Yusof dikatakan telah
ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, selepas disyaki menghidap demam
denggi. Berita tersebut telah disahkan oleh ibu Shamsul iaitu Datin
Patimah yang memaklumkan anaknya itu telah mengadu menghidap sakit
kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu. Bukan itu saja, suhu badan
Shamsul turut berada dalam tahap bahaya dan sangat panas.
Setelah membuat pemeriksaan dan mengambil ujian darah di hospital doktor mengesyaki Shamsul kemungkinan besar menghidap demam denggi. Sementara itu, Datin Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.
Dalam perkembangan lain, Datin Patimah turut meminta semua peminat untuk mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana merancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara pada jam 10 pagi.

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..