Pages

Saturday, May 31, 2014

Artis 'HOT MAMA"






Sazzy Falak

Ibu kepada anak kembar, Imaan Lily Nazril dan Tiara Rose Nazril sering mengamalkan diet sihat untuk keluarganya. Selain mengamalkan pemakanan seimbang, Sazzy juga aktif bersenam dan dia berdisiplin mengikut jadual rutinnya.

Sazzy juga tampil dengan rekaan fesyen keluarannya sendiri walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan menguruskan keluarga. Tidak mustahil Sazzy dapat mengekalkan bentuk tubuhnya sama seperti sebelum mempunyai anak. Gaya potongan rambut pendek paras bahu yang disesuaikan dengan fesyen pakaian yang ranggi,ceria dan segar membuatkan Sazzy tampil muda sentiasa.

 

 


Nana Mahazan

Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni, namun Nana tetap mendapat perhatian di laman sosial Instagram kerana dia sering berkongsi gelagat anak-anaknya bersama peminat. Baru sahaja selesai berpantang, Nana kini telah kembali langsing.

Isteri kepada Raqeem Brian ini mungkin bertuah kerana tidak menghadapi kesukaran untuk kembali langsing secara mudah. Bagaimanapun, dia turut berkongsi yang dia juga turut melakukan senaman ringkas untuk tujuan kesihatan.

Nana juga memilih potongan rambut pendek bagi memudahkannya mengendalikan dua orang anaknya iaitu Althea dan Aaqib. Nana juga dilihat mewarnakan rambutnya untuk kelihatan lebih ‘funky’.



Nora Danish

Ibu kepada Rayqal ini sering mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana kerana rupa parasnya yang comel serta tubuhnya yang cilik. Malah, ramai juga yang tidak percaya Wanita ini sebenarnya sudah berusia lebih 30 tahun. Akaun Instagram milik Nora sering mendapat puluhan ribu ‘like’ kerana gelagatnya bersama Rayqal yang begitu comel.

Peminat turut menggelar Nora sebagai Song Ji Hyo Malaysia kerana rupa parasnya yang comel tanpa solekan tebal. Malah, Nora juga bijak bergaya setiap kali menghadiri acara-acara hiburan. Adakalanya dia tampil anggun, dan sesekali kelihatan santai.

Hubungan cinta Nora dan teman lelakinya, Nedim Nazri Aziz bukan lagi perkara rahsia. Sehingga kini Nora tetap menjadi pujaan ramai lelaki kerana dia lebih menawan berbanding sebelum berkahwin dahulu.




Erra Fazira
Bekas Ratu Cantik Malaysia ini memang tidak dapat disangkal lagi keanggunan. Setiap kali dia melangkah ke acara karpet merah, pasti lensa kamera akan tertumpu kepadanya. Dengan wajah dan bentuk badan menawan, Erra seakan-akan tidak dimamah usia. Sebagai seorang ibu, Erra dan anaknya, Engku Aleesya dilihat begitu rapat, malah dia juga gemar menggayakan anak perempuannya mengikut gaya semasa.

Berbanding dengan artis lain yang mengikat perut untuk memastikan tubuh cantik menawan, Erra tidak begitu mengamalkan diet yang begitu ketat, namun mengamalkan pemakanan seimbang.






Ziana Zain

Diva bervokal lantang ini sudah mempunyai empat orang cahaya mata dan anak sulungnya sudah mencecah usia 14 tahun. Walaupun hidup di arus globalisasi teknologi, namun dia tetap berdisiplin setiap kali melalui proses berpantang. Ziana selesa mengikut cara tradisional biarpun ramai ibu muda sekarang ini enggan melakukannya.

Mungkin ini rahsia atau formula wanita berusia 46 tahun ini kekal menawan sehingga digelar sebagai Jennifer Lopez Malaysia. Penampilannya yang begitu elegan dan anggun membuatkan ramai wanita menjadikannya idola.

Walaupun sentiasa sibuk, namun Ziana tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kerana dia juga tangkas dalam menjalankan tanggungjawabnya di rumah. Dia juga sering menghadiri majlis-majlis di sekolah anak-anaknya bagi memberikan sokongan.



Amy Mastura

Penyanyi, pengacara dan pelakon cilik ini sememangnya sentiasa muda dan dilihat tidak dimamah usia. Walaupun terdapat sesetengah artis yang menggunakan pembedahan plastik, suntikan botox serta Vitamin C, namun Amy lebih selesa melalui proses penuaan secara semula jadi.

Ibu kepada Adriana, 14 dan Adalia, 9, itu mengakui yang dia tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis lain, namun dia turut mementingkan pemakanan serta mengamalkan gaya hidup sihat.





Rozita Che Wan

Isteri kepada Zain Saidin ini sedang hamil tiga bulan. Rozita atau Che Ta mengakui yang tidak gemar bersenam. Malah mengakui yang dia wajib makan nasi dua kali sehari, tetapi mengambilnya dalam jumlah sederhana.

Ramai yang ingin mengetahui rahsia Che Ta kekal langsing walaupun sudah mempunyai dua orang lelaki yang sedang meningkat remaja. Namun Che Ta menjelaskan yang dia tiada sebarang rahsia untuk dikongsi. Jelas Che Ta dia percaya tubuh badannya kekal langsing kerana faktor keturunan di mana ahli keluarganya tidak ada yang mengalami masalah berat badan.










~ sumber







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..