Pages

Thursday, May 15, 2014

Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia> Harga MINYAK Naik Lagi.. Yahooo...




Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula dengan efektif strategi pembahagian subsidi kepada yang kurang bernasib baik di negara ini.

"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata perdana menteri dalam Twitternya malam tadi..

Najib mengulas laporan Bloomberg berjudul 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan untuk golongan Termiskin,' kata Bank Dunia.

Laporan itu berkata subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan dari Mesir hingga Malaysia dari melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang akan membantu golongan miskin, kata bank itu dalam laporan yang disiarkan semalam.

Laporan itu menjelaskan subsidi minyak adalah tertinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (GDP), kata bank itu.

Ini berbanding satu (1) peratus dari GDP yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat, tambah laporan itu.



DS Najib mengulas dari laporan Bloomberg..
Sila Klik..
http://www.bloomberg.com/news/2014-0...bank-says.html





~p/s : Den nampak mcm nak naik kan lagi harga minyak nie..hmmm tunggu jer laa








No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..