Slim River: Seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV ) jenis Nissan Xtrail maut, selepas kenderaan dipandunya 'terbang' memasuki laluan bertentangan sebelum terperosok dalam cermin sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari KLIA menuju Ipoh dalam kejadian di Kilometer 371.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Slim River menuju Sungkai, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang tersepit dalam kenderaannya maut ditempat kejadian, manakala pemandu bas dan sembilan penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Othman Nayan berkata, kemalangan membabitkan sebuah bas Star Mart Express dengan sebuah SUV Nissan Xtrail.
"Bas yang dipandu oleh 1(L) India berusia 44 tahun yang mengambil penumpang dari KLIA menuju ke Ipoh menggunakan PLUS dan sebaik sampai di Km 371.1 arah Utara sebuah SUV Nissan dipandu oleh 1(L)Melayu nama Jailani Din, 44, yang datang dari arah utara menuju ke selatan dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Akibat daripada itu SUV terbabit melambung dan berpusing kelaluan bertentangan sebelum merempuh bas berkenaan dan kesan daripada pelanggaran itu mengakibatkan pemandu Nissan Xtrail tersepit serta mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan dan meninggal dunia ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, pemandu bas dan sembilan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.
sumber:.hmetro
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..