Pages

Wednesday, June 11, 2014

Kena belasah lambat bagi duit kutu RM15,000



Kuala Terengganu: Seorang wanita tidak menyangka kelewatannya menjelaskan duit kutu berjumlah RM15,000 mengundang kemarahan ‘rakan kutunya’ sehingga dibelasah teruk di sebuah hentian bas di Kampung Seberang Baroh, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang ketika mangsa berusia 57 tahun dari Kampung Wakaf Jambatan, Durian Burung, di sini, ke lokasi kejadian selepas dihubungi rakannya itu bagi berbincang mengenai pembayaran duit kutu.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menunggu rakan wanitanya itu yang tinggal di sini, datang ke lokasi yang dijanjikan.

“Selepas beberapa minit menunggu, rakannya yang berusia 40-an itu tiba ditemani anak lelakinya sebelum mereka berbincang berkenaan duit kutu yang sepatutnya dijelaskan mangsa pada 4 Jun lalu.

“Pada mulanya perbincangan berjalan dengan baik, tetapi suspek naik angin apabila mendengar alasan diberikan mangsa mengenai kelewatannya menjelaskan bayaran duit berkenaan.

“Suspek yang tidak berpuas hati, gagal mengawal kemarahannya apabila tiba-tiba menyerang mangsa dengan menghantuk kepala ke dinding kayu di hentian bas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, selain itu, suspek juga memukul bahu dan badan mangsa sebelum beredar meninggalkan mangsa yang berada dalam kesakitan Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa bengkak di bahagian belakang kepala serta sakit di bahu dan badan.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.







.~ sumber









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..