Pages

Friday, June 27, 2014

Modal RM16 menang RM2740 bertaruh Suarez akan menggigit





Oslo: Seorang peminat bola sepak Norway menang £540 (RM2,740) selepas menaruh sebanyak £3 (RM16) bahawa Luis Suárez akan menggigit seseorang ketika perlawanan Piala Dunia.

Thomas Syverson membuat taruhan 175/1 secara online di laman web Betsson bersama 166 yang lain malah seorang daripada mereka turut memenangi jumlah wang lebih tinggi iaitu hampir £2,000 (RM10,950).

Penyata yang dipaparkan online menunjukkan taruhan sebanyak 32 Krone itu dibuat Syverson yang juga penyokong Blackpool dengan jumlah dimenanginya dicatatkan sebagai 5,600 Krone (RM2,940).

Syverson memberitahu akhbar AftenPosten: “Saya terjaga dari tidur selepas kejadian itu berlaku jadi saya hanya melihat rakaman ulangan yang disiarkan di televisyen.


“Sudah tentu saya gembira kerana menang. Saya menganggap Luis Suárez pemain hebat namun saya penyokong Blackpool jadi sudah pasti tidak akan memakai baju Suarez,” katanya.

“Mungkin saya akan membeli satu untuk teman wanita saya,” katanya.

Menurutnya, dia mahu membeli hadiah istimewa untuk teman wanitanya yang menyambut hari jadi Sabtu ini.

Pemain Uruguay itu didakwa menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini di Brazil, hanya 14 bulan selepas terpaksa memohon maaf melakukan perkara sama di Britain.


.~ sumber






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..