Pages
▼
Thursday, June 26, 2014
Rakan dilucut seluar dan ditindih depan mata
Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,”.
Kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap.
Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.
Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.
Foto
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.
“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.
~ sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..