Pages

Wednesday, August 13, 2014

Lawak - Seluar 'basah' ketika bermesej



Ketika sedang bermesej melalui telefon, tiba-tiba saya sedar ada air pada seluar saya.

Bagaimana hendak mengetahui ia air mani atau air mazi? 

Hanif 
Kuala Lumpur

Dalam kes anda, air yang biasanya boleh keluar ialah air mazi dan bukannya air mani.

Air mazi biasanya keluar dari kemaluan ketika seseorang dalam keadaan bernafsu. Lazimnya mazi atau air mazi berwarna jernih. Hukumnya najis dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi wajib. 

Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan ketika nafsu memuncak. la tidak najis, tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar mani. 

Sejenis lagi yang keluar dari kemaluan sama ada lelaki atau perempuan ialah air wadi. 

Ia berwarna putih dan kekuningan. Biasanya keluar apabila tubuh letih bekerja. Hukum air wadi ini najis dan wajib dibasuh.




No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..