Pages

Friday, September 05, 2014

Bangkai tikus dalam minuman bercoklat M*** betul ker?



Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.

Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.

Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.

Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.


Foto
MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.


“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah.


Rasa macam M### jer minuman coklat itu.... Nampak paket Hijau Gold tu....





















iki ono seng ijo. tenan opo ora?





~Sumber ^ Kredit~ Harian Metro~~











No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..