Pages

Friday, November 07, 2014

Saya nak anak kacukan dengan Zain - Rozita Che Wan



Luahan Rozita Che Wan - Beberapa hari lepas, Rozita telah mengumumkan untuk berkahwin dengan Zain Saidin pada penghujung tahun ini. Sejurus itu, Rozita tanpa malu-malu mengaku ingin menimang cahaya mata secepat mungkin selepas berkahwin dengan Zain. Bagi Rozita, usia bukanlah penghalang untuknya mendapat anak lagi walaupun hanya seorang sahaja. 

"Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan,” ujar Rozita.

Jelas pelakon ini, jadualnya yang terlalu padat pada masa ini akan berakhir sekitar Julai nanti. Selain terlibat dengan rakaman program bual bicara, Primadona, Rozita juga bakal terlibat dengan program realiti, Masterchef Selebriti 2.


Selain itu, Rozita juga akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri 16 episod untuk TV9. Pada Mei nanti, Rozita dan keluarga merancang untuk pergi melancong ke San Fransisco selama 20 hari. 



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..