Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, December 03, 2014

Stesen minyak habis stok RON97




KUALA LUMPUR – Keghairahan pemandu kenderaan yang mula beralih menggunakan minyak RON97 ekoran perbezaan terkini harga bahan api itu hanya 20 sen seliter lebih mahal berbanding RON95 menyebabkan kebanyakan stesen minyak di Lembah Klang kehabisan bekalan petrol tersebut.

Penghapusan subsidi sepenuhnya ke atas RON95 di sam*ping kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan RON97 yang sebelum ini dianggap sebagai ‘minyak kelas atasan’ mengalami penurunan harga ketara iaitu 29 sen seliter dalam tempoh tidak sampai dua minggu.

Tinjauan Kosmo! di lebih 20 stesen minyak di sekitar Lembah Klang semalam mendapati hampir kebanyakan stesen tidak lagi menjual RON97 selepas mendakwa kehabisan bekalan.

Dalam tinjauan itu, empat daripada tujuh stesen minyak di Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang tidak lagi mempunyai bekalan RON97, manakala daripada 10 stesen minyak di Taman Salak Selatan, Jalan Maharajalela dan Jalan Loke Yew pula hanya dua stesen masih mempunyai bekalan RON97.

Rata-rata kebanyakan pemandu kenderaan yang ditemui melahirkan kekecewaan kerana gagal mengisi minyak menggunakan RON97, malah ramai yang memanjangkan rungutan tersebut menerusi laman sosial.

Menurut seorang pekerja swasta, Amar Haziq, 19, beliau terkejut apabila mendapati beberapa buah stesen minyak yang dikunjunginya kehabisan RON97, sedangkan sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku.

“Saya ingin mengisi minyak RON97 hari ini selepas bahan api ini semakin murah dan harga tidak jauh berbeza dengan RON95, tetapi apabila sampai di beberapa stesen minyak di Kampung Baru saya terkejut kerana semua pam RON97 dile*takkan notis stok RON97 habis,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.











No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...