Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.
“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu,” katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.
“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.
“Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi,” katanya.
Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
“Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di Indonesia. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu,” katanya.
“Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..