Pages

Friday, June 19, 2015

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : RAMADHAN 2015

 

 

Resepi Kari Kepala Ikan Paling Lazat

Resepi Kari Kepala Ikan Paling Lazat
Bahan2nya:
1 ketul kepala ikan (jenis ikut suka)
7 biji kacang bendi
5 biji cili kering (tak perlu potong)
2 tangkai daun kari
100 ml santan pekat (5 sudu)
2 sudu besar pes asam jawa
1 paket kecil rempah kari ikan (jenama ikut suka)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Bahan tumis:
5 ulas bawang kecil (di hiris)
5 ulas bawang putih (di hiris)
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar biji jintan manis



Cara memasak:
Masak bahan tumis hingga naik bau,masukan daun kari,cili kering kacau sebentar masuk pula rempah kari,serbuk kunyit,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih,tambah sedikit air,masak hingga naik minyak,masuk pula pes asam jawa dan kepala ikan,tambah air sehingga paras ikan,
jangan terlalu banyak air untuk kuah yang pekat,perasakan dengan garam,biar mereneh sehingga ikan masak,masuk kacang bendi dan santan,biar mereneh sehingga bendi lembut,tutup api.(nak kari yang sedap masukkan 3 ulas bawang putih tanpa di ketuk atau di hiris semasa masuk kacang bendi,jika suka boleh tambah buah tomato,tapi kuah ikan tak tahan lama dan akan cepat basi),selamat mencuba!!!

 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..