Pages

Friday, July 31, 2015

Aduhai! Payudara Nora Danish, Seluar Dalam Maria Farida!




Aktres jelita Nora Danish, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminatnya apabila memuat naik gambarnya memakai baju t-shirt ketat berwarna putih sehingga menampakkan susuk buah dadanya dengan jelas.


Aduhai! Payudara Nora Danish, Seluar Dalam Maria Farida!

Payudara Nora Danish Besar

http://www.ezprofit2u.com/

Sebaik dimuatnaik, beliau dikecam kerana bajunya yang ketat dilihat tidak sesuai untuk dipaparkan di laman Instagram seperti itu.

Beberapa ketika selepas itu, gambar Nora diubahsuai dengan membuatkan bahagian dadanya tidak terlalu jelas kelihatan.

Menerusi media, Nora tampil menjawab isu gambar berkenaan dan mengatakan bahawa dia memakai bra jenis “push up”.

“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up- bra?” katanya.

Payudara Nora Danish Besar [2]

Selain mencetus kontroversi, ada peminat Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 32 tahun telah melakukan edit untuk memperlihatkan payudaranya kelihatan lebih besar.

Gambar itu kemudiannya menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.

“Gambar itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora. 

Saiful Apek Pun Terkedu Koleksi Seluar Dalam Maria Farida!

Maria Farida Keliru Nak Pakai Seluar Dalam Yang Mana Satu!

http://www.ezprofit2u.com/

Nampaknya artis kita khususnya yang wanita sudah semakin maju dan laju ke depan dari segi peragaan fesyen mereka yang pelbagai dan bermacam-macam gaya.

Selain kemajuan dan peka mengenai fesyen, para artis ini juga semakin berani memaparkan fesyen mereka di laman sosial antara yang paling kerap digunakan ialah Instagram.

Selain fesyen seksi, kini ada artis wanita Malaysia yang berani menayangkan foto bikini koleksi mereka kepada pengikut setia dan lebih parah, seperti mahu peminat memilih bikini mana yang lebih sesuai.

Itulah yang dilakukan oleh aktres jelita Maria Farida yang bingung untuk memilih bikini mana yang sesuai untuk dipakai di laman sosial itu.

“Can’t decide which one..hmmm (tak tau hendak pilih yang mana.. hmm),” kata Maria.

Maria Farida Keliru Nak Pakai Seluar Dalam Yang Mana Satu! [2]

Gambar berkenaan turut membuatkan artis pelawak terkenal Saiful Apek yang hanya menggunakan rangkaian ikon emosi untuk membalas kapsyen dari Maria itu.

Rasanya, tidak perlu Maria sebagai seorang artis Melayu tanpa segan silu memuatnaik gambar itu kemudian seperti memberi peluang kepada para peminatnya memilih bikini mana.

Sudah pastinya, dengan kecantikan yang dimiliki Maria, ramai pengikut lelaki yang terbeliak biji mata dek kerana muatnaik ini yang betul-betul mencabar minda mereka.

Jika ada pula lelaki yang memberi komen yang agak melampau, tahu pula mereka melenting dengan menuduh lelaki seperti itu gila seks dan sebagainya.

Maria Farida Keliru Nak Pakai Seluar Dalam Yang Mana Satu! [3]

http://www.ezprofit2u.com/

Agak-agak lepas ni, Maria muatnaik pula gambarnya memakai bikini yang dipilih? Sumber: Mynewshub.my

SP: Tak tau nak kata apa lagi dengan artis-artis wanita Malaysia. Nampak sangat tiada 'ilmu' di dada. Bukannya buah dada ye pembaca sekalian..huhu




http://www.ezprofit2u.com/


SELEPAS TABUNG HAJI, KINI THE EDGE : SEKALI LAGI MUHYIDDIN TAMPIL MENYELAMATKAN PEMUDA





Ketika tersebarnya printscreen perbualan whatsapp melibatkan beberapa individu berjawatan dalam pemuda UMNO yang dikaitkan dengan usaha sabotaj gelombang kedua terhadap Perdana Menteri, secara tiba- tiba Timbalan Perdana Menteri tampil mengeluarkan kenyataan yang agak panas ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras semalam.

Ikuti laporan The Malaysian Insider;
Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai. 
"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini. – 26 Julai, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-baca-the-edge-untuk-faham-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.nMfmdhu2.dpuf

Tidak cukup dengan isu penggantungan ke atas akhbar The Edge, Muhyiddin sekali lagi mempertikaikan beberapa isu berhubung 1MDB.

Persoalannya, selaku Timbalan Perdana Menteri, sekiranya ada sebarang kemusykilan, bukankah lebih baik ianya diperbincangkan secara dalaman di antara beliau dan Perdana Menteri? Kenapa harus dijaja serata bahagian?

Lebih memeningkan, jika disingkap semula, Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah mendedahkan tentang kewujudan fact sheet berhubung 1MDB suatu ketika dahulu dan dinyatakan bahawa telah diedarkan kepada Ahli Mesyuarat Kabinet. Apakah Muhyiddin tidak menerima salinan fact sheet ini atau adakah beliau tidak langsung mahu membaca dan menyentuhnya?





Jika segala penerangan sudah diberikan, apa perlunya bagi Muhyiddin untuk mempertikaikanya lagi? Adakah beliau mempunyai sesuatu agenda lain disebalik apa yang diperkatakannya?.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Timbalan Perdana Menteri mengalihkan pandangan rakyat daripada barisan pemuda yang kerap mempertikaikan tindakan kerajaan. Sebelum ini, Muhyiddin pernah juga mencelah apabila Pemuda UMNO meminta penjelasan berhubung isu tanah Tabung Haji.

Ikuti laporan Astro Awani;
MILAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda UMNO yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur. 
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB. 
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat. 
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam. 
Dalam kenyataannya, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta. 
Pemuda UMNO meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan. -SUMBER
Dengan pelbagai siri yang seakan- akan mempertahankan pemuda, adakah ini bermakna suara yang dibawakan barisan pemuda ini juga secara dasarnya adalah suara Muhyiddin sendiri?

Malahan, jika benar wujud gelombang kedua dalam usaha sabotaj terhadap Perdana Menteri, adakah Muhyiddin masih mahu mempertahankan mereka? 









MUHYIDDIN TERSUNGKUR : PRINTSCREEN PERANCANGAN SULIT PERLU DISIASAT





Jika diimbas kembali, kelantangan yang disuarakan mantan Timbalan Perdana Menteri berhubung isu berkaitan 1MDB dan penggantungan akhbar The Edge dilakukan selepas sebuah printscreen perbualan rahsia whatsapp yang didakwa melibatkan beberapa barisan kepimpinan pemuda UMNO Malaysia tersebar.

Namun begitu, natijahnya sudahpun dirasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila digugurkan dari jawatan kedua dalam kerajaan semalam.

Selepas apa yang terjadi, perhatian sewajarnya kembali dihalakan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia kerana sehingga kini belum tampil dengan sebarang pengakuan mahupun penafian dan mereka hanya diam membisu tanpa dikenakan sebarang siasatan mahupun tindakan.

Sekiranya benar wujud gerakan sabotaj terhadap Perdana Menteri oleh beberapa individu di dalam kepimpinan pemuda UMNO Malaysia, ia sewajarnya tidak dipandang enteng dan harus dipandang serius kerana ia mampu menjadi barah kepada parti.

BACA; 

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam parti, golongan ini juga harus dikenakan tindakan kerana jika benarlah apa yang dirancang, ia bukanlah kali pertama berlaku. Tindakan pertama mereka yang didakwa adalah dari beberapa individu yang sama pernah didedahkan portal MyKMU.net melalui artikel mereka bertarikh 23 April 2015;
Rompin– Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil. 
Lima Sekawan ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz. 
Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. 
Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri. 
Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.
Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara. 
Azwan juga beranggapan Mohd Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 
Pandangan Azwan mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai. 
Boomerang 
Azwan memulakan kempen menjatuhkan Mohd Najib kerana percaya beliau akan mendapat sokongan ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian memandangkan Johor negeri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. 
Beliau percaya majoriti Pemuda UMNO Johor akan menyokong gerakan ini kerana jika Mohd Najib berundur umum berpendapat Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. 
Namun persepsi beliau tidak benar apabila majoriti Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah mempertikaikan hasutan beliau ini. 
Antara yang paling lantang mempertikai pandangan Azwan ialah Ketua Pemuda UMNo Bahagian Segamat, Johor Baharu, Muar, Bakri, Mersing dan Gelang Patah. Ketua Pemuda Pengerang tidak hadir dalam perjumpaan terbabit. 
Beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir mempertikai tindakan Azwan yang bukan sahaja tidak menghormati suasana pilihan raya kecil tetapi juga bersikap bermuka-muka dengan Perdana Menteri. 
Secara umumnya yang menyokong Mohd Najib menyatakan sekiranya Azwan tidak berpuas hati atau ada kemusykilan ia hendaklah bertanya kepada Perdana Menteri, bukannya turun ke bawah menyebarkan gosip politik yang tidak baik. 
Tugas Pemuda UMNO sepatutnya menyampaikan amanat dan jawapan Presiden kepada akar umbi bukannya mewujudkan keraguan kepada akar umbi. Mereka juga mempertikaikan kenapa Azwan tidak membangkitkan persoalan yang beliau timbulkan semasa perjumpaan tersebut kepada Perdana Menteri pada minggu lalu. 
“Saya melihat isunya bukan penjelasan Perdana Menteri tetapi lebih kepada perebutan untuk mendapat jawatan lebih tinggi dengan menjatuhkan Perdana Menteri,” kata seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir dalam majlis terbabit. 
Dipercayai kumpulan akan ke Permatang Pauh esok untuk melakukan agenda yang sama berselindung di sebalik perjumpaan untuk Pilihan raya kecil Permatang Pauh. -Sumber

Sejajar itu, PenangKini berharap kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat sekiranya benar wujud gerakan sabotaj terhadap Perdana Menteri.






Ulasan Gani Tentang Isu Diberhentikan






KUALA LUMPUR, July 28 — Tan Sri Abdul Gani Patail today expressed ignorance over the announcement that his service as Attorney-General has been discontinued due to health reasons.

When contacted by Malay Mail OnlineGani only said that he was not aware of the decision that was conveyed by Chief Secretary Tan Sri Ali Hamsa this morning (Gani hanya berkata beliau tidak mengetahui mengenai keputusan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa pagi ini.)

“I don’t know, OK? I don’t want to say a word right now,” (Saya tidak tahu, OK? Saya tidak mahu berkata apa-apa sekaranghe told Malay Mail Online when asked when the decision was made.

Ali Hamsa announced this morning that Abdul Gani’s tenure as A-G was discontinued yesterday owing to the latter’s “health”.








[PEGUAM NEGARA] TS Gani Patail DIBERHENTIKAN, TS Mohamed Apandi Ali DILANTIK Ganti Gani



Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas faktor kesihatan kata Ketua Setiausaha Negara.

[DIULANG] Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, kata kenyataan itu. 

Ali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat Abdul Gani dan berharap sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan. 

"Beliau (Gani) akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga bersara wajib pada 6 Oktober ini. 

"Sehubungan itu, mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, memperkenankan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara Persekutuan yang baharu, berkuatkuasa 27 Julai lalu," katanya. 

"Sehubungan itu, mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, memperkenankan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara Persekutuan yang baharu, berkuatkuasa 27 Julai lalu," katanya. 

Mohamed Apandi berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Bar-At-Law, Inner Temple, London selain pernah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London. 

Antara jawatan yang pernah beliau pegang adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu; Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu; Hakim Mahkamah Tinggi Malaya; Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.



Tan Sri Abdul Gani Patail (lahir 6 Oktober 1955) telah dilantik sebagai Peguam Negara sejak tahun 2002 apabila menggantikan Dato' Seri Ainum binti Mohd Saaid.Beliau adalah pendakwa utama dalam kes perbicaraan Kes liwat Anwar Ibrahim I pada 1998.



info & credit

TERKINI : Laman web TPM dikemaskini susulan rombakan kabinet




Laman web TPM dikemaskini susulan rombakan kabinet
Laman web rasmi Timbalan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Timbalan Perdana Menteri telah diturunkan selepas pengumuman rombakan Kabinet tengah hari tadi.

Buat masa ini, pelayar laman web berkenaan akan melihat paparan skrin tertulis 'Laman web sedang dikemaskini'.

Laman web tersebut sebelum ini memaparkan semua aktiviti yang dijalankan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain biografi dan teks serta video ucapan rasmi beliau.

 

Dalam pengumuman rombakan Kabinet tengah hari tadi, Perdana Menteri mengumumkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Muhyiddin.



info & source