Pages

Wednesday, November 11, 2015

Apabila boleh ambil seberapa banyak Slurpee di 7-Eleven


KUALA LUMPUR, 9 November: Bermacam-macam gelagat mencuit hati dirakamkan di kedai serbaneka Seven Eleven di seluruh negara sejak dua hari lalu, sempena promosi Bring Your Own (BYO) Cup Day.

Kreativiti penggemar minuman Slurpee jelas kelihatan, menerusi gambar-gambar yang dimuat naik ke laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, kerana ada yang sanggup membawa kuali, topi keledar dan periuk nasi untuk mengisi minuman berwarna-warni itu.

BYO Cup Day merupakan penghargaan kedai serbaneka terkenal itu buat penggemar Slurpee, kerana hanya dengan membayar RM2.90, orang ramai boleh mengambil seberapa banyak minuman itu mengikut kemampuan mereka.

Tetapi, syaratnya ialah mereka perlu membawa bekas sendiri untuk mengisi Slurpee itu.

“Slurpee macam goreng pisang panas! Hasil tangkapan di 7e ke-4 setelah hampa 3 kali,” kata seorang pengguna Twitter, Aqililies.

“Today is 7e day and yeah. The struggle is real ! apa benda isi slurpee dalam pistol air,” Tweet Khairul Syafiq.

“Weh! Slurpee fest dah start wei. 2 hari ja. Pi bawak baldi basuh baju pi tadah Slurpee kat 7e nuh,” komen seorang lagi pengguna sosial media, RepublicUSM.

Promosi selama dua hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam yang berakhir semalam itu, turut menyediakan hadiah lumayan kepada penggemar Slurpee yang memuat naik gambar bersama bekas kreatif mereka berisi minuman itu ke Facebook 7-Eleven Malaysia dengan hashtag #7ElevenMY #BYOCupMY, sebelum Rabu ini.



Bermacam ragam bila RM2.90 boleh ambil seberapa banyak Slurpee di 7-Eleven

Pelbagai ragam dan kreativiti pembeli Slurpee di kedai serbaneka Seven Eleven di seluruh negara, pada Sabtu dan Ahad lalu. - Foto Facebook dan Twitter






























Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/20...#ixzz3qzjHIw1Z

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..