Pages

Sunday, November 15, 2015

Cincin tersekat di jari manis, 3 anggota bomba datang membantu





ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam memotong sebentuk cincin emas di jari manis tangan kiri seorang wanita di IJN, Kota Samarahan, Sarawak, kelmarin.

KOTA SAMARAHAN 10 Nov. – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam setelah cincin emas di jari manis tangan kirinya tersekat dan tidak dapat dikeluarkan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini semalam.

Wanita berusia 42 tahun itu ke pusat rawatan pesakit luar di situ pada pukul 3 petang bagi mengeluarkan cincin emas tersebut yang tidak dapat ditanggalkan sejak dua hari lalu.

Jari manisnya juga mula membengkak dan usaha lebih setengah jam oleh kakitangan IJN tidak berjaya mengeluarkan cincin itu sehingga pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke sana selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira sejam bagi memotong cincin berkenaan.

“Mangsa kemudian diberi rawatan susulan selepas cincin berjaya dipotong dan dibenarkan pulang selepas itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

















- See more at:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..