Viral telur ada cop halal keterlaluan - Jakim
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan telur ayam yang dilabelkan logo halal melalui laman sosial facebook baru-baru ini sebagai keterlaluan.
Menurut jurucakap Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tindakan syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur itu juga bercanggah dengan peraturan berkaitan label logo halal.
“Untuk makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Jakim diminta mengulas mengenai tindakan pihak tertentu menyebarkan secara meluas telur ayam yang mempunyai label tanda halal yang menjadi bahan ketawa sejak beberapa minggu lalu.
Isu itu turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran Indonesia yang membicarakan sesama mereka mengenai label logo halal itu yang hanya ada di Malaysia.
“Nah, belakangan di sosial media ramai dibicarakan netizen tentang telur ayam berlabel halal di Malaysia yang dikabarkan sudah beredar sejak tahun 2014 silam.
“Postingan pertama, dari akaun Facebook KataKita dengan kata-kata mempertanyakan kenapa telur harus dicap halal di Malaysia dan berharap di Indonesia tidak mengikuti apa yang dilakukan pemerintah Malaysia.
Namun, apa yang diposting akaun FB KataKita menuai pro dan kontra dari netizen. Kebanyakan sih, tidak setuju jika pemerintah Indonesia melakukan hal yang sama untuk telur ayam,” kata NgenetYuk! seorang netizen dari Indonesia.
Jakim kemudian menasihatkan pengguna agar berhati-hati dalam memilih dan mempercayai viral yang disebarkan, khususnya sebelum menyebarkan semula melalui akaun facebook masing-masing.
Kata jurucakap itu, sebarang kemusykilan mengenai produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, boleh disemak melalui www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim.
http://malaysiagazette.com/ms/nasion...erlaluan-jakim
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..