loading...
Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu
Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu
-Sejak
kebelakangan ini mula tersebar berita mengenai “Terowong Rahsia di
Putrajaya” yg menghubungkan bangunan “xxx” ke Lapangan Terbang
Antarabangsa(KLIA). Ianya nampak seperti satu misteri yang tidak pernah
dirungkai oleh rakyat biasa...
-Ada
yg membuat andaian bahwa terowong ini adalah satu langkah kerajaan(era
pemerintahan Dr.Mahathir) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
akan berlaku kelak. Kemungkinan terowong ini dijadikan sebagai kubu
pertahanan sekiranya berlaku peperangan.
-Menerusi
kajian yang dibuat oleh penulis di internet terdapat dua versi cerita
mengenai terowong ini. Mari kita baca kedua-dua versi cerita ini.
****************************************************************
VERSI 1
1.
Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang
menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).
2.
Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini
sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang
mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang
diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3.
Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit
di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya
bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4.
Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau
“Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang
aneh.
5.
Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian
bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh
masuk.
6.
Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit,
peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada
puluhan tingkat.
7.
Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling
kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9.
Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya
baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11.
Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika
Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan
sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12.
Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar
dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan
jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13.
Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan
saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan
membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14.
Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang
dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh
jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua
orang boleh lihat.
15.
Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan
pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan
mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16.
Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya
adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka
di sini.
17.
Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang
terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18.
Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik
Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun
lantai konkrit?”.
19.
Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari
bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20. Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21.
Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di
beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat
dari pelannya.
22.
Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal
rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orang ramai dilarang masuk dan
ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23.
Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan
dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya
itu sendiri.
24.
Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan
beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan
untuk apa semua ini diwujudkan.
25.
Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit
anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para
pemimpinnya.
26.
Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh
membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum
bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27. Kebangkitan akan bermula dari sini.
******************************************************************
VERSI 2
Memang
betul pun ada terowong ‘rahsia’ di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi
sebenarnya terowong itu tidaklah terlalu rahsia. Yang jadi rahsia sebab
kita yang tidak pernah tahu. Jadi, bila ada orang ‘terjumpa’ dengan
terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan ‘rahsia’ terhadap
‘terowong’ ini. Ok, yang ini memang lawak. Sebab apa lawak? Sebab ramai
yang buat andaian tanpa tanya kepada tuan empunya tanah!
Ok, sebenarnya, tak ada rahsia pun yang ingin disembunyikan pada terowong bawah tanah di Putrajaya tu. Serius!
Hakikatnya,
terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai! Dan bukannya
terowong rahsia seperti yang anda mungkin fikirkan!
Kenapa
terbengkalai? Sebab Pak Lah tak nak teruskan projek ini, walaupun
terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah
dengan Pak Lah.
Ada
yang persoalkan, “Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?”
Mestilah kena tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. Nanti jangan
kata binatang-binatang berbisa, manusia yang nak transformer jadi haiwan
pun jadikan tempat ini sebagai sarang mereka!
Kalau tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya
Malah, cerita terowong yang rahsia sangat ini telahpun keluar dalam paper utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Mungkin
pada zaman Pak Lah, beliau tidak mahu meneruskan projek ini kerana
menganggap ianya sebagai ‘membazir’. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih
belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun, jika suatu hari nanti
Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini
mungkin akan bersambung semula.
Nota kaki penulis: Anda
mempunyai akal fikiran yang waras dan anda layak untuk menilai cerita
ini mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Semoga hidup anda
tidak diselubungi misteri.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..