Jual durian tak elok, peniaga mati ditikam pelanggan
Amukan durian tidak masak
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos — Seorang pembeli durian mengamuk, lalu menikam penjualnya gara-gara sebiji buah yang didakwa tidak masak tetapi tidak diganti baru.
Ong Ting San, 61, cedera parah di rusuk dan belakang akibat tikaman seorang lelaki pada jam 5 petang kelmarin berhampiran gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini.
Peniaga itu lari ke rumah berdekatan untuk menyelamatkan diri sewaktu diserang dengan pisau.
Insiden itu dikatakan tercetus apabila suspek, 60 tahun, yang tinggal berdekatan dan mengenali peniaga itu membeli beberapa biji durian beberapa hari sebelumnya.
“Lelaki berkenaan mendakwa satu daripada durian dibelinya belum masak dan tidak boleh dimakan menyebabkan dia mahu menukarnya.
“Bagaimanapun, mangsa meminta lelaki berkenaan memulangkan semula buah itu sebagai bukti sebelum diganti dengan durian lain,” kata saksi, yang enggan dikenali.
Namun suspek gagal menunjukkan buah yang tidak masak tersebut, lalu peniaga itu enggan menggantikan buah baru sebelum suspek yang berang bertindak menyerang.
SEBERANG PERAI – Seorang peniaga maut ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelanggan gara-gara dikatakan menjual buah durian yang tidak elok di gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kelmarin.
Peniaga itu, Ong Ting San, 61, yang cedera ditikam di belakang badan, rusuk kiri dan kanan serta kedua-dua kaki, disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kira-kira pukul 10.45 malam.
Sumber polis berkata, mangsa dikatakan didatangi oleh suspek ketika dia sedang menjual durian berdekatan sebuah restoran di situ kira-kira pukul 5.15 petang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki yang dikatakan rakan mangsa itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari, hari ini, selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.
“Polis turut merampas pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan dia akan direman bagi membantu siasatan," katanya di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..