Pages

Friday, November 11, 2016

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke 45




Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke 45

2016 US election results

Updates every 30 seconds
Google











Umat Islam kena doa jangan biar Trump jadi Presiden Amerika

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesatuan Alumni Pimpinan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menganggap kenyataan angkuh Trump mencabar kewibawaan dan maruah umat Islam di seluruh dunia dengan mengisytiharkan dalam propaganda kempennya untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.


"Jika Donald Trump terpilih sebagai Presiden Amerika maka ianya satu manisfestasi kepada seluruh umat Islam di dunia bahawa rakyat Amerika menjadi musuh utama umat Islam dan bukannya Israel.

"Kami juga ingin menegaskan di sini kepada seluruh dunia umat Islam bahawa inilah satu hikmah dan pengajaran kpd kita umat Islam betapa lemahnya kita bila tiada kesatuan dan ketiadaan perpaduan.

"Bila negara-negara Islam tidak bersatu dan berperang sesama sendiri maka inilah akibatnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsuddin, pemimpin politik yang rakus seperti Trump boleh mengeksploitasi kesucian Baitulmaqdis sebagai bahan kempennya utk memenangi pilihan raya presiden Amerika.

"Kami menyeru kepada umat Islam di Amerika supaya bersatu untuk tidak mengundi Donald Trump dan bermunajat kepada Allah supaya Donald Trump tidak terpilih sebagai Presiden AS," ujarnya lagi.



















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..