Pages

Wednesday, November 02, 2016

Penunggang wanita terduduk atas bumbung teksi, netizen anggap ajaib






Seorang wanita terduduk di atas sebuah teksi selepas terlibat kemalangan jalan raya di Jalan BKE-Lunas.

KULIM - Seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah teksi di simpang Jalan BKE Lunas menjadi bualan orang ramai apabila terduduk di atas bumbung kenderaan tersebut.

Gambarnya yang sempat dirakam pengguna jalan raya turut menjadi viral di laman Facebook yang rata-rata menganggap kejadian itu sangat ajaib dan jarang sekali berlaku.

Menurut pemandu teksi, L Rajendran, 48 ketika itu dia dalam perjalanan menghantar penumpang ke Lunas dan sedang melalui lampu isyarat di situ apabila menunjukkan warna hijau.

"Kira-kira jam2 petang saya sedang menjalankan tugas untuk menghantar empat pelanggan ke Lunas dari Kilang Lama.

"Apabila lampu berwarna hijau saya meneruskan perjalanan, dan tiba-tiba saya juga terpandang sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita berusia lingkungan 50an dari Taman Kucai menghampirinya dengan begitu laju,"katanya.

Katanya, apabila bunyi dentuman kuat kedengaran dia memberhentikan teksi untuk melihat keadaan mangsa tersebut.

"Saya memang tak sempat nak menekan brek, dan sedar teksi telah terlibat kemalangan apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

"Saya pun terus hentikan teksi untuk memeriksa keadaan sekeliling dan terus berlari mencari mangsa di bahagian depan dan belakang kenderaan namun tiada.

"Apabila melihat di atas bumbung, saya ternampak mangsa sedang terduduk dengan wajah yang agak terkejut, mangsa juga sempat mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi saudara maranya," katanya.

Katanya, melihat keadaan tersebut dia terus mendapatkan mangsa dan bertanya keadaannya sebelum membantunya turun dan diletakkan ke dalam teksi.

"Terkejut juga saya, mangsa berada di atas bumbung teksi, saya pun tak pasti macam mana dia boleh berada di situ. Saya bantunya turun daripada teksi sebelum menelefon ambulans dan pihak polis," katanya.

Menurutnya, dia juga berasa bersyukur apabila mangsa tidak mengalami kecederaan parah dan dapat bergerak.

"Saya bersyukur mangsa tak alami kecederaan parah, dan hanya mengadu sakit di tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut. Kini dia dirawat di Hospital Kulim," katanya.

Quote:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Makcik Muriati kongsi kisah berguling hingga naik atas bumbung teksi

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614.

Muriati menunjukkan tangan kanannya ketika ditemui di Hospital Kulim, hari ini. FOTO Azahar Hashim

Kulim: “Saya tercampak ke atas but hadapan sebelum berguling sehingga ke bumbung teksi. Ketika itu saya hanya menyebut Allahuakbar sebanyak dua kali,” kata Muriati Koromoh, 58, wanita yang menjadi perhatian di alam siber selepas kisahnya tercampak dan terduduk di atas bumbung teksi sejurus terbabit kemalangan di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), semalam, ‘viral’.

Ketika ditemui wartawan, dia bersyukur berikutan tidak mengalami kecederaan serius.

Menurutnya, dia menyedari kisah kemalangan membabitkan dirinya menjadi perbualan hangat di alam siber selepas adiknya menunjukkan gambar dia berada di atas bumbung teksi berkenaan tersebar di Internet.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku pada 2 petang ketika dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Tiram ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk ke rumah adiknya.

"Walaupun masih trauma, saya bersyukur kerana selamat dan menganggap segala yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/178545
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...teksi-1.579908
















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..