Pages

Sunday, December 11, 2016

Askar nyaris maut bom grenade melekat pada tapak tangan



ANGGOTA skuad pemusnah bom berusaha mengeluarkan grenad yang melekat pada tapak tangan seorang kadet tentera Ukraine. - Ihsan Mail Online

KIEV: Seorang kadet tentera Ukraine melalui detik-detik mencemaskan apabila sebutir bom tangan yang dilepaskan menggunakan pelancar grenad menembusi dan melekat pada tapak tangannya.

Namun kadet tersebut bernasib baik kerana bom tangan itu tidak meletup dalam kejadian dramatik yang berlaku semasa latihan tentera di Odessa, selatan Ukraine.

Kadet berkenaan yang tidak dinamakan, menyertai latihan itu di Akademi Tentera Odessa apabila bahan letupan tersebut dilancarkan secara tidak sengaja dan mengenai tangannya.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada rakannya yang meminta bantuan paramedik, polis dan skuad pemusnah bom untuk segera memberi bantuan.

Gambar yang disiarkan oleh pihak polis menunjukkan lelaki terbabit dalam keadaan meniarap sambil diselubungi selimut khas kalis peluru ketika anggota skuad pemusnah bom mematikan grenad itu.

Grenad jenis VOG-25P yang boleh mencetuskan letupan kecil, selamat dikeluarkan dari tapak tangannya dan mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.





kredit











No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..