Pages

Saturday, December 31, 2016

Ibu bapa saman hospital lambat keluarkan bateri ditelan bayi




Pasangan suami isteri, Cole Parsons dan Courtney Thorne



FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah keluarga mengemukakan saman terhadap sebuah hospital kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan bateri bersaiz duit syiling yang ditelan bayi mereka.

Pasangan suami isteri, Cole Parsons dan Courtney Thorne berkata dalam tuntutan mahkamah, Hospital Kanak-kanak Wolfson di Jacksonville sepatutnya hanya mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan bateri litium seperti yang disyorkan pusat kawalan racun.

Bateri bersaiz duit syiling itu hanya dikeluarkan lima jam selepas ibu bapa bayi itu tiba di hospital.

Saman turut dikemukakan terhadap Dr Davis Smith yang memandang ringan risiko bahaya terhadap kanak-kanak itu.

Ava Kate Parsons, 9 bulan, telah menjalani 20 kali pembedahan sejak bayi berkenaan menelan bateri pada 10 Mac.

Ketika kejadian, ibunya yang berada di rumah melihat anak perempuannya menelan bateri yang terjatuh dari alat kawalan jauh.

Ketika mendapatkan rawatan, ibu bapa meminta pihak hospital mengeluarkan bateri berkenaan secepat mungkin bagi mengelakkan bayi terdedah kepada bahan kimia berbahaya, namun menurut bapa, Cole, doktor yang merawat anaknya itu, Dr Smith berkata, insiden berkenaan tidak serius dan sama seperti menelan syiling.

"Doktor kelihatan bersahaja ketika menangani kes ini namun tidak lama kemudian, kami mendapat tahu, melecur pada esofagus dan anak saya dikejarkan ke pembedahan kecemasan," kata Cole dipetik AP.

Hospital terbabit bagaimanapun tidak mengulas mengenai kes itu.

Sementara itu, Peguam Eric Ragatz berkata jumlah saman yang dikemukakan ibu bapa bayi itu masih belum ditentukan.

Cole berkata, anak perempuan mereka mungkin perlu meneruskan rawatan untuk memulihkan esofagus sehingga dia remaja.

"Dia hanya boleh makanan puri dan ia membantutkan pertumbuhannya," ujarnya.

Dalam pada itu, National Capital Center Poison berkata, lebih 1,900 kanak -kanak dilaporkan menelan bateri tahun lalu dan 20 kes membabitkan kematian kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun

Bateri berkenaan kebiasaannya digunakan di dalam alat kawalan jauh, kalkulator dan peranti kecil yang lain.





kredit sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..