Pages

Friday, December 30, 2016

Netizen kecam papan iklan 'subuh baru cabut'




Papan iklan itu sudah mula dinaikkan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk gambir tersebut.

KUALA LUMPUR – Netizen kecam papan iklan berbaur lucah yang baharu sahaja dipasang di lebuh raya selatan di sini, sejak minggu lalu.

Tagline ‘Subuh baru cabut’ itu telah mempromosikan produk gambir tersebut sebagai produk bukan sembarangan, malah ia didakwa telah menjadi trending di seluruh Malaysia.

Difahamkan, papan iklan itu sudah mula dinaikkan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk gambir emas tersebut, bagaimanapun menerima kecaman dan kritikan daripada netizen di media sosial.

Terdahulu, tinjauan mendapati, produk itu berdaftar di Penang dan secara aktif dan mula diniagakan di seluruh negara selepas didakwa mendapat sambutan hangat dan permintaan tinggi daripada suami isteri di sebelah utara.

Antara tagline lain yang digunakan produk ini adalah ‘No 1 ni maknanya is the Best,’ ‘Sekali sapu, subuh baru cabut, sampai pinggang nak tercabut.’




~ KREDIT source


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..