Pages

Wednesday, January 11, 2017

Dikutuk makanan tak sedap, tukang masak serang pelanggan dengan pisau





Bukit Mertajam: Seorang lelaki yang juga tukang masak naik angin dan menyerang seorang pelanggannya menggunakan pisau di sebuah restoran di Taman Perindustrian Ringan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, pelanggan restoran berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dan memarahi tukang masak itu kerana mendakwa masakannya tidak sedap.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika itu berlaku pertengkaran antara tukang masak berusia 53 tahun dan pelanggan berusia 50 tahun terbabit.

Menurutnya, kira-kira tujuh pelanggan lain turut masuk campur dan mereka membuat kecoh dengan membaling kerusi serta meja ke arah tukang masak terbabit.

"Tukang masak itu yang berang kemudian mengambil pisau serta menyerang pelanggan yang memarahinya sebelum itu dan berlaku pergelutan antara mereka.

"Pelanggan terbabit luka di pipi kiri, dagu, dada serta lutut kiri manakala tukang masak mengalami kecederaan di kepala dan badan," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan polis masih mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.









kredit










No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..