Pages

Wednesday, January 11, 2017

Lelaki catat rekod dunia pecahkan 43 biji kelapa guna kepala






ISLAMABAD 8 Jan. – Seorang lelaki Pakistan berjaya mencatat rekod dunia apabila memecahkan sebanyak 43 biji kelapa dengan hanya menggunakan kepalanya dalam tempoh 60 saat.

Mail Online melaporkan, rekod itu dilakukan Rashid Naseem, 30, dari Karachi selepas lebih enam bulan membuat persediaan bagi melakukan percubaan tersebut, baru-baru ini.

“Percubaan ini memerlukan banyak persediaan, saya perlu meningkatkan kekuatan untuk memecahkan kelapa itu dengan kepala kerana ia menyakitkan,” katanya selepas namanya berjaya dicatat dalam Guinness World Records.

Dalam video percubaannya, Rashid dirakam memecahkan satu persatu buah segar itu yang disusun di atas meja.

Usaha lelaki itu bagaimanapun bukan mudah apabila dia mengalami beberapa kecederaan semasa mula berlatih memecahkan kelapa berkenaan beberapa bulan yang lalu.

“Kelapa muda sukar untuk dipecahkan, jadi semasa saya mula berlatih dan memecahkan buah itu dengan kepala, saya kerap mengalami sakit kepala yang teruk.

“Percubaan ini dilihat agak berbahaya pada awalnya namun dengan latihan yang betul, saya berjaya mengumpul kekuatan untuk melakukannya,” katanya.

Rashid yang terlatih dalam seni pertahanan diri berkata, dia suka mencipta rekod baharu.

Tahun lalu, dia memecahkan sebanyak 210 kacang walnut dengan kepalanya dalam tempoh seminit selain memegang rekod memusnahkan tin minuman paling banyak.














kredit 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..